oh,
sungguh ku tangisi,
keadaanku yang menanggung beban kata-kata yang tidak dapat ku ungkapkan,
tidak dapat ku tulis, ku lukis,
semuanya rasa salah,
hilang sasaran,
aku hilang inspirasi.
acap kali aku mahu berkunjung,
kerana di sini lah tempat aku menyedekahkan esen (essence) diriku yang tidak seberapa.
di sini tempat hatiku mengadu domba,
bukan dengan kata-kata yang obvious, tidak,
tetapi dengan menumpahkan perhatianku,
tempat aku bersembunyi tatkala merasa diri ini tidak cool.
namun hatiku rasa berat, bagai ada yang mengekang sebelum aku sempat sampai.
lumrah manusia,
pabila diberi betis hendakkan paha,
namun aku merasakan ini khusus buat aku, berganda-ganda.
aku dapat ini, aku puas hati,
kemudian aku nak yang itu.
mengejar aktiviti yang memenatkan,
aku penat,
gratification is ever-eluding,
once you get hold of it,
it slips through your fingers,
reinvents itself in another form,
and the chase commences again.
sudahlah wahai diri.
bersyukur dengan apa yang ada,
perbaiki apa yang dimiliki.
Allah has blessed you in so many ways,
jangan nak materialistik sangat :)
terima je lah hakikat yang kau tu takkan dapat spek baru melihatkan yang sekarang ni boleh repair lagi!
tidak hendak ending yang syahdu-syahdu,
because that will never be me.
a chuckle is always good at any time of the day.
adios :)
No comments:
Post a Comment
This is your space.